Tuesday, 26 August 2014

BERSIH: Mansuhkan Akta Hasutan segera...?

  6:49PM - 26 Aug 2014

Gabungan NGO BERSIH mendesak agar kerajaan segera memansuhkan Akta Hasutan 1948, yang didakwa disalahgunakan untuk menekan pandangan yang berbeza daripada pandangan kerajaan.

"Dengan perkembangan mutakhir ini, jelaslah bahawa Akta Hasutan akan terus digunakan bagi mendakwa dan menekan mana-mana pihak yang bercanggah dengan pandangan dari status quo.

"Hal ini terang-terangan bertentangan dengan semangat demokrasi yang sentiasa meraikan perbezaan hujah dan pandangan,” kenyataan BERSIH dipetik.

BERSIH antara lainnya menamakan empat MP Pakatan Rakyat, seorang aktivis mahasiswa dan seorang presiden NGO dalam senarai individu yang telah didakwa di bawah akta itu mutakhir ini:
  • Khalid Samad (MP Shah Alam)
  • N Surendran (MP Padang Serai)
  • Teresa Kok (MP Seputeh)
  • Tian Chua (MP Batu)
  • Adam Adli (aktivis siswa)
  • Abdullah Zaik Abdul Rahman (presiden ISMA)
Esok, seorang lagi wakil rakyat Pakatan, ADUN Seri Delima, Pulau Pinang RSN Rayer juga dijangka akan didakwa di bawah akta yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 11 Julai 2012 mengumumkan akta itu dimansuhkan dan akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

Namun, mutakhir ini terdapat gesaan untuk mengekalkan Akta Hasutan walaupun kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara sedang merangka rang undang-undang baru digelar Akta Keharmonian Nasional.

Sumber - Malaysia Kini

ADUN PAS tak akan tandatangan SD

   

Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.
"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.
Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini.
"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.
Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru.

Khalid letak jawatan, tiada p'raya negeri

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

Khalid (atas) turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Mohon maaf pada istana

Dalam kenyataannya, Khalid juga berkata, beliau menyatakan hasrat meletakkan jawatan memandangkan “dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata”

“Saya juga telah memohon maaf kepada DYMM Tuanku atas suasana politik masa kini yang telah menyebabkan pihak istana terheret sama dalam kemelut pentadbiran di negeri ini,” katanya.

Beliau justeru menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.

Khalid juga berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak membuat kritikan yang menjurus untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak terlibat terutama institusi beraja dan raja-raja Melayu.

“Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM sultan Selangor bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri,” katanya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Pernah Lihat Faekah Menangis?

Ir Jebat Modern23hb Ogos 12.30 pagi


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEha7zhx_VoSW1ZjgiCNpQma7yM8AEYqskkfiSqUk5ge9OpDtxJmoc1y7-59EFyEOyvkPrCfPyQ1W9PMnJTgLOoj3qJmXDbBjz_5R7F6pNqzl_pOmyG6sj9fF8rNszmn6RjC2YbrQ_qO7AY/s1600/MB-FAEKAH.jpg
Khalid Ibrahim difahamkan sudah mencapai penghujung kerjayanya sebagai Menteri Besar Selangor. Esok, DYMM Sultan Selangor akan pulang ke tanahair. Hari Ahad, Khalid Ibrahim akan menghadap baginda dan mempersembahkan situasi terkini di Selangor.
Di Shah Alam, PKR sedang berkongres dengan ehsan dan belas kasihan Khalid Ibrahim serta Faekah Hussin. Sedar yang mereka sebenarnya hanya ibarat anjing kelaparan yang diberi air limbah oleh Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin, masing-masing cuba menahan diri daripada mengutuk Khalid Ibrahim mahupun Faekah Hussin.
Di Bangsar Utama, Hishamuddin Rais tersengih-sengih apabila dibelasah rakan bersembang di restoran bawah pejabatnya tidak jauh dari pejabat Malaysiakini kerana kalah dengan Faekah Hussin yang jauh lebih bijak berbanding dia yang malas mandi dan tak sedar diri bodoh.
Seperti biasa, PKR apabila sudah terdesak, akan mula menggunakan Kaji Selidik Merdeka Centre sebagai rujukan dan penguat hujah mereka.
Dalam Kaji Selidik Merdeka Centre, dikhabarkan Wan Azizah mendapat sokongan utama untuk menjadi Menteri Besar Selangor berbanding Azmin Ali. Tetapi jumlah sokongan daripada 808 orang yang ditemubual, hanya 25% sahaja memilih Wan Azizah. Majoriti, 32% menyampah gila dengan perangai takbur, tamak dan haloba para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR.
Dan seperti kelaziman, PKR dan para penyokong Anwar Ibrahim akan memberikan gambaran yang serba indah, serba super, serba hebat kepada mana-mana pemimpin mereka. Wan Azizah diberikan gambaran yang tersangat hebat, walaupun sebenarnya Wan Azizah hanyalah SEPAT KERING yang segala gerak-geri dan tutur percakapan mahupun mimik mukanya adalah Anwar Ibrahim.
Biarpun Wan Azizah sendiri adalah HAIWAN BUAS yang mempunyai nafsu membuak-buak untuk dikenali dan tamak kuasa, hakikatnya Wan Azizah adalah seorang yang sangat lemah, sangat tidak berkeupayaan dan sangat terkongkong dengan keterpesonaannya terhadap suami sendiri.
Itu yang dikatakan oleh pecacai Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar yang paling hebat?
Bodohlah mereka!
Kalau dibandingkan dengan Faekah Hussin, terlalu jauh perbezaannya. Terlalu berjurang jaraknya. Macam membandingkan warna hitam dengan warna putih.
Faekah Hussin, orang yang berada di belakang Khalid Ibrahim, menyusun mengatur, menstrategikan setiap helah politik mahupun melancarkan kerja-kerja Khalid Ibrahim. Siapa yang tidak kenal dengan Faekah Hussin, ketegasan dan keberaniannya?
Kalaulah perlu juga wanita dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, bukan Wan Azizah orangnya, tetapi Faekah Hussin.