2,500 DAHULU JAMAN GANGSA
Semakin
ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah
Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau.
Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah
orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy
menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.
Peta Asia yang dilukis oleh Ptolemy mengikut gambaran beliau. (Klik sini bagi gambar besar)
Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan sekitar Asia Tenggara.
sumber: http://www.blogger.com/profile/09161914814983787248
Peta Asia yang dilukis oleh Ptolemy mengikut gambaran beliau. (Klik sini bagi gambar besar)
Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan sekitar Asia Tenggara.
Maka sememangnyalah tidak hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia
amat berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga
beliau melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut
melakarkan peta dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.
Ini
juga menunjukkan bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama
memerhatikan keadaan di sekitar Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi
atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya sampai ke sini pada kurun
ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa pendapat mengatakan
bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan dari kalangan
penduduk Iskandariah atau Alexandria yang mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great.sumber: http://www.blogger.com/profile/09161914814983787248
No comments:
Post a Comment