Friday, 28 March 2014

Najib, Benigno saksi pemeteraian bersejarah perjanjian damai MILF-Kerajaan Filipina 2014/03/27 -


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) yang diusahakan Malaysia di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), di Istana Malacanang di sini, sebentar tadi. Majlis bersejarah yang mengakhiri konflik 42 tahun itu turut dihadiri Presiden Filipina, Benigno Aquino III.Malaysia berperanan sebagai fasilitator proses rundingan damai itu sejak 2001 menerusi Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed. Pelaksanaan CAB bakal melorongkan laluan terhadap pembentukan entiti Bangsamoro, sekali gus mewujudkan keamanan di wilayah selatan Filipina dan rantau ini secara amnya. Sementara itu, Bernama melaporkan, Kerajaan Filipina dan MILF hari ini membuka lembaran baharu bagi hubungan mereka sebelum ini yang ditandai dengan permusuhan dan sikap saling tidak mempercayai apabila mereka duduk semeja untuk menandatangani CAB bagi membuka jalan ke arah mencari penyelesaian politik di Mindanao. Rundingan damai dengan MILF, yang bermula pada 1997, bertujuan menamatkan pemberontakan di wilayah selatan Filipina sejak tahun 1970-an, yang sehingga kini telah meragut lebih 100,000 nyawa. Malaysia bertindak sebagai pemudah cara pihak ketiga dalam proses damai ini, dengan Kuala Lumpur mula menyertainya pada 2001. Perjanjian damai Kerajaan Filipina-MILF bermatlamat mewujudkan satu entiti politik berperintahan sendiri dikenali sebagai Bangsamoro, yang akan mempunyai lebih banyak kuasa politik dan ekonomi. Entiti baharu ini akan menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao, sejajar dengan Undang-undang Asas Bangsamoro, yang akan diluluskan Kongres Filipina dan disahkan penduduk terbabit.

sumber : Najib, Benigno saksi pemeteraian bersejarah perjanjian damai MILF-Kerajaan Filipina 2014/03/27 - 17:47:05 PM Daripada Veena Rusli di Filipina Cetak Emel Kawan MANILA:

No comments:

Post a Comment